Fotografi

Fotografi Perkahwinan

Ai Media Network adalah sebuah syarikat bumiputera berdaftar yang menjalankan perniagaan secara sepenuh masa. Menyediakan perkhidmatan di seluruh Lembah Kelang.Menjadikan hobi & minat yang mendalam dalam dunia fotografi sebagai kerjaya dan  karier secara lebih serius dan berwawasan.

Jatuh dan bangun dalam industri ini banyak memberi kami akan erti disiplin dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. Walaupun ramai yang menawarkan perkhidmatan yang serupa, namun kami sentiasa percaya bahawa disiplin dan kerja kuat inilah yang akan membezakan kami dengan pesaing. Melalui keazaman inilah kami akan membalas kepercayaan pelanggan-pelanggan dengan tekad setingkat lebih baik.

Kepakaran Kami

Kami juga mempunyai kepakaran dalam memotret gambar majlis tertentu seperti majlis ulang tahun, majlis korporat, model pengiklanan dan juga syarikat yang memerlukan jurufoto professional.

Pengalaman kami lebih kurang 10 tahun dalam bidang ini.Senarai di bawah adalah kepakaran kami.

  • Jurufoto untuk majlis-majlis rasmi seperti perasmian atau pelancaran.
  • Melawat tapak (Site visits)
  • Jurufoto perkahwinan
  • Produk jualan
  • Outdoor Photography
Fotografi untuk majlis dan seminar

Selain daripada fotografi,kami juga mempunyai tenaga pengajar dalam bidang asas DSLR. Kami juga menyediakan perhidmatan personal coaching,group coaching dengan harga yang berpatutan di sekitar Lembah Kelang.

Untuk permintaan di luar Kuala Lumpur, kami akan mengenakan bayaran tertentu berdasarkan jarak serta kos pengangkutan. Kami juga berkerjasama dengan Amanz Network Sdn Bhd dalam bidang tenaga pengajar.

Terima kasih kerana anda sudi berkunjung di laman sesawang kami ini. Nikmatilah apa yang boleh kami lakukan untuk majlis anda sekiranya meletakkan kepercayaan kepada kami. Di laman ini juga kami kongsikan maklumat-maklumat terkini berkaitan dengan kursus-kursus anjuran kami bersama pihak-pihak yang mahir dalam bidang fotografi.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej atau tempahan, boleh hubungi kami terus di sini. Sekiranya anda mempunyai sebarang komen membina, anda boleh terus majukan di ruangan komen yang disediakan di bawah ini.