Rekaan halaman hadapan
Rekaan halaman hadapan

Alhamdulillah, setelah mendapat izin dari tuan empunya, akhirnya kami paparkan di sini untuk perkongsian bersama. Konsep rekaan pada asalnya datang dari client kami, saudara Roslan Nazri. Beliau inginkan satu kelainan pada kad undangan majlis perkahwinan beliau.

Rekaan butir-butir undangan pada halaman belakang
Rekaan butir-butir undangan pada halaman belakang

Warna yang digemari adalah warna MERAH, terus sahaja designer kami berpendapat untuk menjadikan ianya MERAH AIR ASIA. Seterusnya melengkapkan design proposal dengan mengambil tema boarding pass dari AIR ASIA. Client sangat berpuas hati dengan rekaan dan kekemasan grafik.

Rekaan yang telah siap dicetak
Rekaan yang telah siap dicetak

Terima kasih kami ucapkan untuk saudara Roslan Nazri. Doa kami semoga majlis gilang-gemilang saudara dan pasangan kekal bahagia sehingga ke akhirat. Amin.