Konsultan IT

Kami sudi memberi nasihat dan pandangan untuk anda.
Kami sudi memberi nasihat dan pandangan untuk anda.

AI Media terdiri dari individu-individu yang mempunyai kepakaran lebih 10 tahun di dalam bidang rangkaian komputer. Ini adalah termasuk mereka rangkaian, menyelenggara rangkaian, konfigurasi peralatan rangkaian seperti switch, modem, proksi, firewall dan router.

Selain daripada rangkaian, keselamatan siber juga salah satu cabang kepada perkhidmatan yang disediakan. Dengan pengalaman meluas mengendalikan firewall daripada jenama-jenama besar dunia seperti Checkpoint, Cisco ASA, Palo Alto Networks dan banyak lagi memberikan kami kelebihan dalam bidang ini. Selain dari jenama-jenama besar, kami juga banyak melibatkan diri dalam open source firewall dan juga sistem operasi berdasarkan sistem Unix dan juga Windows.

Selain daripada itu, kami juga berpengalaman mengendalikan server baik dari jenama besar seperti Dell dan Hewlett Packard kepada pelayan kustom.

Kami juga menyediakan khidmat konsultasi dan runding cara bagi menyediakan sistem kustom daripada PHP, Apache-based, WordPress dan juga SQL dengan harga yang berpatutan.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat kami atau ingin bertanya sama ada kami boleh memberikan konsultasi kepada sebarang masalah anda, hubungi kami menerusi kotak pertanyaan di bawah.