Pada asalnya, pelanggan kami meminta supaya kami membuat rekaan semula logo ini dalam format VECTOR. Ini kerana rekaan yang sedia ada dilukis secara manual (free-hand). Maka akan bermasalah untuk membuat cetakan secara digital kerana apabila imej dibesarkan, ianya kelihatan berkotak dan bergerigi.
Material dan rekaan asal telah diberikan oleh pelanggan untuk memudahkan tugas memahami konsep yang dikehendaki. Seterusnya, rekaan secara grafik dibuat bagi memastikan konsep “air muleh” pada border logo ini dipadankan dengan seragam pattern-nya.