Rekaan "watermark" untuk PuanBee.Com
Rekaan “watermark” untuk PuanBee.Com

Seperti yang semua sedia maklum, “watermark” atau “tetanda air” ini merupakan perkara penting dalam menentukan hak milik atau hak cipta sesuatu bahan bergambar di dalam internet. Ada sesetengah blogger menghadapi masalah dengan “Copyright” di mana hasil karya mereka diambil tanpa mendapat keizinan oleh pihak tertentu.

Contoh sample penggunaan "watermark"
Contoh sample penggunaan “watermark”

Watermark ini merupakan satu imej yang sangat transparent. Ianya agak telus dan kerap digunakan pada gambar foto yang kebiasaannya di edarkan di internet. Tujuan asalnya tak lain dan tak bukan, seperti yang telah dinyatakan dalam perenggan di atas adalah sebagai pengenalan dari mana sumber foto itu berasal (originality).

Untuk anda yang berasa sangsi yang imej atau foto-foto anda di internet di ambil tanpa mendapat keizinan, kami sarankan supaya anda mempunyai watermark. Sekiranya berminat untuk mendapatkan rekaan profesional, anda boleh terus hubungi kami ok!