Contoh rekaan grafik untuk "online marketing and advertising"
Contoh rekaan grafik untuk “online marketing and advertising”

Di atas adalah sampel rekaan grafik untuk promosi Ebook Teknik Asas Penggunaan dSLR dari AI MEDIA NETWORK. Ebook ini mendapat 15 tajaan utama dari blogger-blogger di serata tanah air termasuk juga Blogger ber-niche-kan fotografi.

Secara amnya, ebook ini telah diterbitkan, tetapi hanya di agihkan kepada pihak penaja dahulu. Pihak AI MEDIA NETWORK sedang membuat kolabrasi bersama team media dalam talian terkemuka berbahasa Malaysia yang sememangnya dikenali ramai. Buat masa ini, kami disarankan agar tidak menghebahkan siapakah rakan-kongsi kami untuk ebook ini.

Sample rekaan iklan untuk affiliate di sisi blog.

Selain daripada 15 orang penaja, ebook ini juga mendapat sokongan penuh dari AMANZ MEDIA SDN. BHD. Dalam masa yang sama, ebook ini juga telah disemak dan disahkan kandungannya oleh dua orang fotoblogger terkenal di Malaysia iaitu saudara Muktasim dan Saiful Adli.

Kepada anda yang berminat dengan ebook ini, pihak AI MEDIA NETWORK bercadang untuk membuat Kelas Asas Penggunaan dSLR. Dan, dalam masa yang sama, ebook ini akan diberikan secara percuma kepada mereka yang akan hadir ke kelas tersebut. Kami masih belum merancang bila kelas pertama akan di adakan, tapi.. kami akan maklumkan sedikit masa lagi.

Jadi, teruskan bersama kami untuk maklumat terkini.