Baru-baru ini, rakan blogger kami Saudara Meor Zaidi (www.abangensem.com) telah membuat beberapa tempahan rekaan grafik untuk iklan dan bunting bagi seminar beliau. Kami memberi beliau lebih daripada 10 “mockup” untuk dipertimbangkan konsepnya.
Untuk sesetengah pelanggan, ada yang akan meminta pandangan dari pereka grafik berkaitan idea mereka. Ada juga mahukan pereka mereka 100% berdasarkan konsep mereka. Namun begitu, nasihat dari pareka grafik sangat memainkan peranan yang penting dalam menjamin hasil yang diinginkan.
Pada kami, kami akan cuba fahamkan dulu kriteria yang dikehendaki oleh pelanggan, ini termasuklah jenis tulisan, warna dan juga imej yang ingin dimasukkan. Selain daripada itu, konsep rekaan juga sangat berkait rapat dengan karektor pelanggan. Oleh itu, pereka grafik perlu memahami karektor pelanggan terlebih dahulu sebelum memulakan rekaan grafik. Jika tidak, konsep rekaan tersebut kelihatan tidak kena dengan “jiwa”.
Rekaan kami sangat menitikberatkan kekemasan, marking, pixel dan juga kualiti foto yang bakal dimasukkan ke dalam rekaan. Oleh itu, kami akan meminta pelanggan untuk bekalkan gambar yang ingin dimasukkan dalam rekaan grafik dalam resolusi yang agak tinggi. Ini bertujuan untuk mengelakkan “PIXELATED” semasa proses mencetak.
Kepada anda yang berminat, anda boleh hubuingi kami di ruangan komen dibawah ini. Anda juga boleh mengajukan sebarang soalan di sini untuk lebih privasi.